Mula dikenali dengan nama Pusat Latihan Teknologi Maklumat KGBSB Sdn. Bhd. (PLTM) beroperasi sejak tahun 1998 dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat). Dinaiktaraf dengan nama Kolej Teknologi & Profesional Indera Kayangan.

Pada tahun 2009, setelah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil pelajar luar negara, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menaiktaraf kepada Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional Perlis, Malaysia (International College of Technology & Professional) (KATPM).

Logo Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional

KATPM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia (Ruj: R4P0001) dan Kementerian Sumber Manusia, Malaysia (Ruj: L00357) di bawah kawal selia Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). KATPM ditubuhkan mengikut Akta IPTS 1996 dan telah beroperasi sejak 1998 di kampus Kangar, Perlis.

Sehingga kini KATPM telah mengeluarkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang pengkhususan dan telah ditauliahkan MS ISO 9001:2008 (Ruj: AR3786). KATPM juga diiktiraf oleh United Kingdom Acceditation Service (Ruj: UKAS074).


Visi

Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional, Perlis, Malaysia (KATPM) berhasrat untuk menjadi sebagai sebuah institusi yang bertaraf dunia dalam mengendalikan program akademik dan kemahiran.


Misi

  • Mengamalkan etika profesionalisme.
  • Bekerja sebagai satu pasukan yang kreatif dan proaktif.
  • Menjadikan kolej sebagai institusi rujukan dalam bidang teknologi dan profesional.

Strategi

  • Mengekalkan mutu kerja yang berkualiti.
  • Membina potensi individu bagi menjadikannya berdisiplin, berilmu dan berakhlak mulia.
  • Proaktif kepada perkembangan teknologi terkini.
  • Mengekalkan kesinambungan komitmen dalam melaksanakan kerja harian.

Nilai korporat

Profesional
Memastikan anggota kerja kolej mempunyai tahap keterampilan yang tinggi.
Kepakaran
Mempunyai tenaga kerja yang pakar dan berusaha meningkatkan kepakaran individu.
Kerja Kumpulan
Setiap individu penting dalam budaya kerja berkumpulan.
Komitmen
Komitmen kerja berlandaskan keikhlasan, kejujuran, ketakwaan dalam melahirkan graduan yang berhemah tinggi.