Syarat Kelayakan

Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dan lulus Bahasa Melayu dan Matematik

Prospek Kerjaya

Diploma Perakaunan bertujuan untuk melahirkan profesional dalam bidang perakaunan. Program ini mengandungi semua kursus perakaunan seperti kewangan, pengkosan, pengurusan, percukaian dan pengauditan. menyediakan latihan secara teori dan praktikal sebagai penyediaan kepada pelajar untuk memasuki komuniti perniagaan dan mengaplikasikan ilmu perakaunan dengan cekap dan lancar menggunakan sama ada sistem manual dan komputer.

Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional mengambil langkah proaktif untuk menawarkan kursus ini bagi memberi peluang kepada remaja yang berminat untuk mendalami ilmu perakaunan di peringkat asas sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah serta kursus profesional seperti Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA).

Provisional


Muat Turun Pengesahan Penerimaan Tawaran