Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Malaysia bermula seawal zaman penjajahan Inggeris dengan penggunaan jawatan Dresser dan terakhir dikenali sebagai Medical Assistant (MA) atau Pembantu Perubatan. Kerjaya PPP berorientasikan elemen promosi, pencegahan, perawatan dan rehabilitasi dalam penjagaan dan perawatan kesihatan pesakit dan ditempatkan samada di hospital kerajaan, hospital swasta, klinik 1Malaysia, Rumah Sakit Angkatan Tentera dan sebagainya.

Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional merupakan kolej swasta yang pertama di Utara Semenanjung yang menawarkan Program Pembantu Perubatan di peringkat diploma selama tiga (3) tahun pengajian dengan pengiktirafan daripada Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Agensi Kelayakan Malaysia.

Syarat Kelayakan

Lima (5) kepujian peringkat Sijil Pelajaran Malaysia di dalam Bahasa Melayu, dua (2) subjek sains (Matematik, Matematik Tambahan, Sains Am, Biologi, Kimia, Fizik, Rampaian Sains) dua (2) subjek lain dan lulus Bahasa Inggeris serta sihat tubuh badan serta tiada cacat anggota.

Prospek Kerjaya

Sektor kerajaan:Hospital dan klinik kesihatan, kem PLKN, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik(PUSPEN), Angkatan Tentera Malaysia, Perkhitmatan Kepakaran(program perubatan), Perkhitmatan Sub-Kepakaran, Penjara dan Kementerian Pengajian Tinggi

Sektor Swasta: hospital, pusat dialysis, hotel, kilang, pelantar minyak, kapal dagang dan pelancongan, Tenaga Nasional Berhad(TNB) dan peladangan

Akreditasi MQA / Kelulusan KPTM


Muat Turun Pengesahan Penerimaan Tawaran