Bidang farmasi telah dikenalpasti sebagai bidang yang kritikal pada masa kini kerana masyarakat kini sangat prihatin terhadap tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Seorang pembantu farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Pusat-pusat Kesihatan. Matlamat utama pembantu farmasi di dalam semua organisasi ini adalah untuk memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, pengedaran dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal. Di samping itu pembantu farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat untuk mempreskripsi dan menggunakan produk farmaseutikal. Ilmu ini juga dapat digunakan untuk melahirkan profesional beretika yang dapat mewujudkan keseimbangan di antara tanggungjawab kemasyarakatan demi untuk memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.

Kolej Antarabangsa Teknologi & Profesional mengambil langkah proaktif untuk menawarkan kursus ini bagi memberi peluang kepada remaja yang berminat untuk mendalami ilmu farmasi di peringkat asas sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan berdaftar sebagai ahli farmasi profesional. Di samping itu, kursus ini juga dapat menjadi pemangkin dalam menambahkan ahli-ahli farmasi untuk memenuhi keperluan negara.

Syarat Kelayakan

SPM 3 KEPUJIAN termasuk kepujian SALAH SATU mata pelajaran SAMADA pelajaran Sains ATAU Biologi ATAU Fizik DAN lulus Bahasa Melayu.

Prospek Kerjaya

Seorang farmasi boleh berkerja sama ada di hospital, kedai farmasi, industri farmaseutikal, unit penguatkuasa, biro kawalan farmaseutikal kebangsaan, universiti atau bahagian farmasi di pusat-pusat kesihatan. Disamping itu, ahli farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat demi untuk memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.

Akreditasi MQA / Pengiktirafan JPA


Muat Turun Pengesahan Penerimaan Tawaran