Pihak KATPM akan membantu Mahasiswa/i untuk mendapatkan pinjaman pelajaran daripada PTPTN atau MARA. Semua 2,200 orang Mahasiswa/i KATPM telah mendapat pinjaman pelajaran daripada PTPTN atau MARA.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA

  • Yuran pengajian bagi keseluruhan program pengajian akan dibayar oleh pihak MARA terus kepada KATPM.
  • Elaun sara diri sebanyak RM 535.50 sebulan akan dimasukkan terus ke akaun pelajar.
  • Pinjaman boleh–ubah kepada biasiswa tertakluk kepada kelulusan MARA.

Keperluan dokumen

  • Gambar terkini berukuran paspot
  • Salinan surat tawaran kemasukan
  • Salinan sijil kelahiran pelajar, ibu dan bapa
  • Salinan sijil kematian ibu/bapa (jika berkaitan)
  • Salinan kad pengenalan pelajar, ibu dan bapa
  • Salinan sijil akademik SPM / STPM / Pra Diploma / Sijil
  • Salinan sijil berhenti sekolah
  • Salinan penyata gaji/ Borang J/ Surat Pengesahan Pendapatan/ Penyata Pencen ibubapa yang terkini

Permohonan Pinjaman Pelajaran PTPTN

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

Keperluan dokumen

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
  • Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
  • Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS.
  • Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (5) dan (6), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan.
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.
  • Tiada penaja lain.
  • Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan.

Dana Biasiswa KATPM

Dana ini adalah Dana Biasiswa Pendidikan untuk pelajar yang mengikuti kursus Sains Kesihatan Bersekutu di KATPM sahaja.

 

 

Terbuka hanya pada peminjam PTPTN yang tidak layak mendapat pinjaman MARA, tertakluk pada terma & syarat.

Keperluan dokumen

  • Warganegara Malaysia.
  • Surat kelulusan pinjaman PTPTN
  • Tidak layak pinjaman MARA